Sunday, May 27, 2012

Bab Memberi Isyarat Dalam Solat (No:642)


Dari Abu Hurairah r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda: "Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila Muadzin berhenti, ia pun kembali.


Begitu pula, apabila iqamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang pula kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat dengan berkata padanya, "Ingatlah apa yang belum kamu ingat!" Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi telah berapa rakaat dia solat".

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no. 642)

Saturday, May 26, 2012

Bab Orang Yahudi Yang Berkhianat (No:1421)



Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Setelah Tuhan memutuskan akan menciptakan makhluk, ditulisNya dalam KitabNya yang ada di atas 'Arsy: "RahmatKu mengalahkan kemarahanKu".

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no. 1421)

Thursday, May 24, 2012

Bab waktu solat (No 339)



Dari Anas r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Barang siapa lupa solat, maka hendaklah ia solat tatkala ingat. Tidak ada denda baginya melainkan hanya itu. Dan tegakkanlah solat untuk mengingat Allah.".


(Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no. 339)

Wednesday, May 23, 2012

Bab Istisqa (minta hujan) No:535




Dari 'Abbad bin Tamim r.a. dari Pamannya katanya: "Nabi s.a.w. pernah keluar untuk solat istisqa (solat minta hujan dengan memakai baju terbalik)."

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no. 535)

Bab pakaian dan perhiasan (No 1676)



Dari 'Umar r.a. Nabi s.a.w. bersabda: "Siapa yang memakai pakaian sutera di dunia, di akhirat ia tidak akan memakainya."


(Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no.1676)

Tuesday, May 22, 2012

Bab pakaian dan perhiasan (No 1674)





Dari Ibnu 'Umar, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah tidak akan melihat kepada orang yang berpakaian terlalu dalam sampai terseret di tanah, kerana kesombongannya."


(Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no.1674)

Monday, May 21, 2012

Bab pakaian dan perhiasan (No 1678)




Dari Abu Hurairah r.a. , Rasulullah s.a.w. bersabda: "Janganlah ada salah seorang kamu berjalan dengan sandal sebelah saja. Buka keduanya atau pakai keduanya".


(Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no.1678)


Sunday, May 20, 2012

Bab Zina (No 1820)

Dari Zaid bin Khalid Al Juhani r.a. katanya: Saya mendengar Nabi s.a.w. menyuruh supaya orang berzina dan belum kahwin dipukul seratus kali dan pembuangan (penjara) satu tahun.

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no.1820)


Saturday, May 19, 2012

Bab Memohon Ampun dan Taubat (No Hadis 1750)

Dari Anas bin Malik r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: " Ada tiga yang mengikut orang yang meninggal, tetapi dua kembali dan hanya satu yang tinggal bersama-sama dengan dia. Diikuti oleh keluarga, harta dan amal tetapi keluarga dan harta kembali dan yang tinggal hanya amalannya."

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no.1750)


Thursday, May 17, 2012

Bab Tidak Bersyukur (No Hadis 1510)


Dari Jundub, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Ada seorang laki-laki sebelum kamu, ia mendapat luka dan tidak sabar, lalu diambilnya pisau dan dipotongnya tangannya. Maka mengalirlah darah terus menerus, sehingga akhirnya ia mati. Tuhan berfirman: "HambaKu mempercepatkan kematiannya! Aku melarang masuk syurga".

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no.1510)

Bab Tidak Bersyukur (No Hadis 1509)

Dari Aby hurairah r.a. katanya: rasulullah s.a.w. bersabda: " Orang Yahudi dan Nasrani tidak mencelup (rambut, kumis dan janggut) maka hendaklah kamu berbeda dari mereka".

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no.1509)

Bab Jual Beli (No Hadis 1097)

Dari Abu Mas'ud Al Anshari, katanya: "Rasulullah s.a.w. melarang tentang harga (jual beli) anjing, membayar mahar penzina dan membayar tukang tenung".

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no.1097)

Saturday, May 12, 2012

Bab Jual Beli (No Hadis 1004)


Dari Sa’id bin Musayyab dan Abu Salamah bin Abdurrahman r.a. keduanya mengatakan bahawa Abu Hurairah r.a. berkata: “Kamu mengatakan bahawa Abu Hurairah banyak meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w. dan kamu mengatakan kenapa orang-orang Anshar tidak ada yang meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w. seperti halnya Abu Hurairah?

Sesungguhnya saudara-saudaraku orang Muhajirin, mereka sibuk oleh urusan jual beli di pasar. Tetapi aku peribadi, aku selalu mendampingi Rasulullah s.a.w dengan perut kenyang. Kerana itu aku selalu hadir apabila mereka tidak hadir. Dan aku menghafal kalau pun mereka lupa.

Dan saudara-saudaraku orang Anshar, mereka sibuk oleh urusan harta benda mereka. Sedangkan saya hanya seorang miskin di antara orang-orang miskin yang ada di Shuffah. Aku masih ingat ketika mereka itu lupa.
Sesunggahnya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda dalam sebuah hadis yang diucapkan oleh beliau, “Tidak seorangpun yang membentangkan kainnya sampai pembicaraanku ini selesai, kemudian dikumpulkannya kembali kainnya itu, melainkan ia hafal semua yang kukatakan.”

Maka kubentangkan kainku sampai Rasulullah s.a.w. menyudahi pembicaraannya. Dan ku kumpulkan itu kepadanya. Semenjak itu, aku tidak lupa sedikit jua pun apa-apa perkataan Rasulullah s.a.w.

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no.1004)

Friday, May 11, 2012

Bab Haid (No Hadith: 188)


Aisyah memceritakan, katanya: “ Rasulullah s.a.w. bersandar keribaan ku padahal ketika itu aku sedang haid, sesudah itu beliau membaca Al-Quran.”

  (Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no.188)

Thursday, May 10, 2012

Bab Haid (No Hadith: 187)


Cerita dari ‘Urwah bahawa dia ditanya orang: “ Bolehkah wanita haid melayaniku, dan bolehkah wanita junub mendekatiku?”

Jawab ‘Urwah, “Semua boleh bagiku. Semuanya boleh melayaniku dan tiada celanya. Aisyah menceritakan kepada ku, dia pernah menyisir rambut Rasulullah s.a.w. ketika sedang haid. Pada hal ketika itu Rasulullah s.a.w. sedang iktikaf di masjid. Maka didekatkannya kepalanya kepada Aishah yang sedang berada dikamarnya, lalu Aisyah menyisir rambut Rasulullah pada hal dia sedang haid.”

  (Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no.187)

Wednesday, May 9, 2012

Bab Haid (No Hadith: 186)


Cerita dari Aisyah, katanya: "Kami berangkat, tiada lain sengaja kami selain dari mengerjakan haji. Setelah kami sampai di Syarif, saya haid. Rasulullah s.a.w. datang kepadaku pada hal aku sedang menangis. Lalu beliau bertanya: " Kenapa engkau menangis. Haidkah engkau?"

Jawabku, "Betul!"

Sabdanya, " Sesungguhnya haid itu adalah suatu perkara yang telah ditetapkan Allah s.w.t. atas kaum wanita - cucu Adam. Maka lakukanlah apa yang dilakukan orang haji selain tawaf keliling Kaabah.”


  (Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no.186)

Wednesday, July 6, 2011

Bab Wuduk (No Hadith: 107)

Abdullah bin umar r.a. menceritakan,”Saya naik ke loteng rumah Hafsah untuk suatu keperluan, kelihatan olehku Rasulullah sedang buang air membelakang kiblat dan menghadap ke Sham.” 

  (Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no.107)



Bab Wuduk (No Hadith: 106)

Diceritakan oleh Aisyah r.a bahawa Nabi s.a.w berkata kepada para isterinya, “Sesungguhnya kamu diizinkan keluar untuk hajatmu.” Kata Hisyam, “Maksudnya untuk buang air.”


  (Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no.106)



Bab Wuduk (No Hadith: 105)

Aisyah r.a. menceritakan,”Apabila para isteri Nabi hendak buang air pada malam hari, mereka pergi ke tanah lapang.” Umar (bin Khaththab) mengusulkan kepada Nabi, supaya menyuruh para isteri beliau memakai hijab (tabir). Tetapi Rasulullah s.a.w tidak berbuat apa-apa. Pada suatu malam, Saudah binti Zam’a, isteri Rasululluh s.a.w keluar waktu Isyak dan dia adalah seorang wanita yang tinggi perawakannya. Lalu Umar menyapanya, “Hai, kami kenal engkau, hai Saudah!”. Dia menyapa kerana sangat mengharapkan supaya turun ayat (perintah) hijab. Memang sesudah itu turun ayat hijab.

  (Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no.105)



Bab Wuduk (No Hadith: 104)


Ayyub al-Anshari r.a. mengkhabarkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,”Apabila seseorang kamu buang air (besar atau kecil), janganlah menghadap atau membelakangi kiblat. Mengadaplah ke timur atau ke barat.”
  (Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no.104)