Saturday, May 12, 2012

Bab Jual Beli (No Hadis 1004)


Dari Sa’id bin Musayyab dan Abu Salamah bin Abdurrahman r.a. keduanya mengatakan bahawa Abu Hurairah r.a. berkata: “Kamu mengatakan bahawa Abu Hurairah banyak meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w. dan kamu mengatakan kenapa orang-orang Anshar tidak ada yang meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w. seperti halnya Abu Hurairah?

Sesungguhnya saudara-saudaraku orang Muhajirin, mereka sibuk oleh urusan jual beli di pasar. Tetapi aku peribadi, aku selalu mendampingi Rasulullah s.a.w dengan perut kenyang. Kerana itu aku selalu hadir apabila mereka tidak hadir. Dan aku menghafal kalau pun mereka lupa.

Dan saudara-saudaraku orang Anshar, mereka sibuk oleh urusan harta benda mereka. Sedangkan saya hanya seorang miskin di antara orang-orang miskin yang ada di Shuffah. Aku masih ingat ketika mereka itu lupa.
Sesunggahnya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda dalam sebuah hadis yang diucapkan oleh beliau, “Tidak seorangpun yang membentangkan kainnya sampai pembicaraanku ini selesai, kemudian dikumpulkannya kembali kainnya itu, melainkan ia hafal semua yang kukatakan.”

Maka kubentangkan kainku sampai Rasulullah s.a.w. menyudahi pembicaraannya. Dan ku kumpulkan itu kepadanya. Semenjak itu, aku tidak lupa sedikit jua pun apa-apa perkataan Rasulullah s.a.w.

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no.1004)