(Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no.107)
Wednesday, July 6, 2011
Bab Wuduk (No Hadith: 107)
Abdullah bin umar r.a. menceritakan,”Saya naik ke loteng rumah Hafsah untuk suatu keperluan, kelihatan olehku Rasulullah sedang buang air membelakang kiblat dan menghadap ke Sham.”
Bab Wuduk (No Hadith: 106)
Diceritakan oleh Aisyah r.a bahawa Nabi s.a.w berkata kepada para isterinya, “Sesungguhnya kamu diizinkan keluar untuk hajatmu.” Kata Hisyam, “Maksudnya untuk buang air.”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no.106)
Bab Wuduk (No Hadith: 105)
Aisyah r.a. menceritakan,”Apabila para isteri Nabi hendak buang air pada malam hari, mereka pergi ke tanah lapang.” Umar (bin Khaththab) mengusulkan kepada Nabi, supaya menyuruh para isteri beliau memakai hijab (tabir). Tetapi Rasulullah s.a.w tidak berbuat apa-apa. Pada suatu malam, Saudah binti Zam’a, isteri Rasululluh s.a.w keluar waktu Isyak dan dia adalah seorang wanita yang tinggi perawakannya. Lalu Umar menyapanya, “Hai, kami kenal engkau, hai Saudah!”. Dia menyapa kerana sangat mengharapkan supaya turun ayat (perintah) hijab. Memang sesudah itu turun ayat hijab.
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no.105)
Bab Wuduk (No Hadith: 104)
Ayyub al-Anshari r.a. mengkhabarkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda,”Apabila seseorang kamu buang air (besar atau kecil), janganlah menghadap atau membelakangi kiblat. Mengadaplah ke timur atau ke barat.”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no.104)
Bab Wuduk (No Hadith: 102)
Ibnu Abbas r.a. menceritakan, “Pada suatu ketika Nabi s.a.w masuk ke kakus, lalu ku sediakan air untuk beliau wuduk. Beliau bertanya,”Siapakah yang meletakkan air ini?” Maka dijawab orang bahawa aku yang meletakkannya. Lalu beliau berdoa, “Ya Allah, berilah dia pengertian yang dalam mengenai agama.”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no.102)
Bab Wuduk (No Hadith: 101)
Ibnu Abbas r.a. mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, “Apabila seseorang daripada kamu hendak bersetubuh dengan isterinya, maka bacalah: Dengan nam Allah, Ya Allah! Jauhkanlah setan dari anak kami dan dari anak yang bakal Engkau anugerahkan kepada kami. Jika mereka memperoleh anak dari persetubuhan itu, nescaya setan tidak akan membahayakannya.
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no.101)
Bab Wuduk (No Hadith: 98)
Ubaid Bin Ibnu Tamin r.a meriwayatkan dari saudara bapanya (Abdullah Bin Zaid al Anshari), “Sesungguhnya Abdullah pernah menanyakan kepada Rasulullah s.a.w perihal lelaki yang merasakan sesuatu ketika dia sedang solat.”
Jawab Nabi, “Janganlah ia memberhantikan solatnya, kalau ia tidak mendengar bunyi atau mencium bau.”
Jawab Nabi, “Janganlah ia memberhantikan solatnya, kalau ia tidak mendengar bunyi atau mencium bau.”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no.98)
Subscribe to:
Posts (Atom)