Saturday, September 12, 2015

Bab Terhalang dan Berburu (No 894)

Dari Hafshah r.a. katanya Rasullallah s.a.w. bersabda;

"Ada lima macam binatang yang tidak berdosa jika seseorang membunuhnya. Yaitu gagak, helang, tikus, kalajenging dan anjing yang merbahaya.

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no. 894)


Friday, September 11, 2015

Bab Solat (No 313)

Berita dari Ibnu Umar r.a. mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah bersabda;


"Orang yang luput solat Asarnya, samalah ertinya dia telah kehilangan keluarganya dan harta kekayaannya."



(Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no. 313)

Bab Solat (No 330)

Ibnu Umar r.a. mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda;


"Jangan kamu solat saat matahari terbit dan jangan pula di saat matahari terbenam."



(Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no. 330)

Thursday, September 10, 2015

Bab puasa (No 958)

Dari Abu Hurairah r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya;

"Apabila seseorang lupa, lalu ia makan dan minum, maka hendaklah ia meneruskan puasanya. Sesungguhnya Allah yang telah memberinya makan dan minum."




(Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no. 958)

Wednesday, September 9, 2015

Bab Jenazah (No 671)

Dari Ibnu Umar r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda ;

"Mayat akan diseksa dalam kuburnya sebab ia diratapi."



(Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no. 671)

Tuesday, September 8, 2015

Bab Iktikaf (No 998)

Dari Aisyah r.a. katanya;

"Nabi s.a.w. pernah memiringkan kepalanya kepadaku, padahal beliau sedang iktikaf di masjid. Lalu aku sisirkan rambut beliau dan saya ketika itu sedang haid."



(Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no. 998)

Monday, September 7, 2015

Bab Penyakit ( No 1663)

Dari Ibnu Abbas r.a. dari Nabi s.a.w.

"Kesembuhan dari penyakit itu adalah dengan melakukan tiga hal: berbekam, minum madu dan dibakar dengan besi yang panas. Tetapi kau melarang umatku membakar dengan besi panas itu."







(Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no. 1663)

Sunday, September 6, 2015

Bab Solat (No 252)

Dari Aisyah r.a. katanya;

"Sesungguhnya Ummu Habibah dan Ummu Salamah ada menyebutkan kepada Nabi gereja yang dilihatnya di negeri Habsyah, bahawa di dalam gereja itu ada sejumlah patung.

Kata Nabi s.a.w. ;

'Sesungguhnya orang-orang itu, jika yang meninggal diantara merekaorang soleh, mereka membuatkan masjid di atas kuburannya dan mereka buatkan patungnya. Mereka itulah sejahat-jahat makhluk disisi Allah pada hari kiamat.'"


(Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no. 252)

Saturday, September 5, 2015

Bab Solat (No 251)

Dari Aisyah r.a. katanya;

"Nabi s.a.w. selama ada kemungkinan, lebih suka mendahulukan yang kanan dalam segala urusannya seperti dalam bersuci, menyisir rambut dan memakai terompah".


(Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no. 251)

Friday, August 28, 2015

Bab Jumaat ( No 483)

Dari Aisyah r.a. katanya:

" Orang-orang bekerja melakukan pekerjaannya masing-masing. Apabila mereka hendak ke Jumaat, mereka pergi sahaja senaknya."

Lantas mereka ditegur orang, "Mengapa anda tidak mandi lebih dahulu?"


(Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no. 483)



Thursday, August 27, 2015

Bab wuduk (No 112)

Abu Qatadah r.a. mengatakan bahawa Nabi s.a.w. bersabda,

" Apabila seseorang kamu buang air, janganlah menyentuh kemaluanmu dengan tangan kanan, jangan pula bersuci dengan tangan kanan itu, dan jangan bernafas ke dalam bijana waktu minum."


(Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no. 112)