Friday, June 15, 2012
Bab Solat Qasar dan Jamak' (No: 573)
Dari Ibnu Abbas r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w. menjama' solat Zuhor dengan Asar, dan Maghrib dengan Isya' apabila beliau di dalam perjalanan."
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no. 573)
Bab Ilmu (No: 81)
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: "Suku Khuza'ah membunuh seorang laki-laki dari Bani Laits, di tahun penaklukan Mekah, sebagai pembalasan dibunuhnya orang suku Khuza'ah oleh Bani Laits.
Ketika kejadian itu diberitakan orang kepada Nabi, lalu dinaikinya untanya dan berpidato: "Sesunggahnya Allah melindungi negeri Mekah ini dari pembunuhan atau dari gajah dan memberi kekuatan kepada Rasulullah dan orang-orang mukmin untuk menaklukkannya.
Ketahuilah! tidak dihalalkan kepada seorang pun sebelumku dan sesudahku berperang dinegeri ini, kecuali hanya kepadaku sesaat di siang hari penaklukan. Tidak boleh dicabut rumputnya, dan tidak boleh ditebang pohon kayunya dan tidak boleh pula diambil barang orang yang tercicir kecuali untuk maksud memberi tahukannya. Barang siapa terbunuh, maka keluarganya boleh memilih antara dua : minta diyat (denda) atau menuntut balas (pembunuhan)."
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no. 81)
Bab Sujud Shawi (No: 644)
Diceritakan oleh Abdullah bin Buhainah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. sesudah dua rakaat Zuhur terus berdiri tanpa duduk (antara rakaat kedua dengan ketiga). Tatkala beliau telah selesai solat, beliau sujud (sahwi) dua kali dan sesudah itu membaca salam (tanda selesai).
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no. 644)
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no. 644)
Thursday, June 14, 2012
Bab Ilmu (No: 80)
Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Nabi s.a.w. bersabda : "Namailah dirimu dengan namaku dan jangan memakai gelaranku."
"Sesiapa bermimpi melihat aku di dalam tidurnya, sebenarnya ia melihatku kerana syaitan tidak mampu menjelma seperti aku."
"Dan siapa yang sengaja berdusta (membuat hadis palsu) atas namaku, maka biarlah dia menempati tempatnya di neraka."
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no. 80)
Wednesday, June 13, 2012
Bab Azan ( No: 420)
Diberikan oleh 'Ubbadah bin Shamidt r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak (sah) solat orang yang tidak membaca Surah Al-Fatihah."
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no. 420)
Tuesday, June 12, 2012
Bab Jenazah (No: 685)
Dari Abu hurairah r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda: "Segerakanlah menguburkan mayat, jika ia baik bererti kamu telah menyampaikannya kepada kebaikannya. Dan jika ia tidak baik, bererti kamu telah menghindarkan bahaya daripadamu."
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no. 685)
Monday, June 11, 2012
Bab Pakaian dan Perhiasa ( No.1682)
Dari Ibnu 'Abbas r.a. katanya: " Rasulullah s.a.w. mengutuk laki-laki yang berpakaian seperti wanita dan wanita berpakaian seperti lelaki.
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no. 1682)
Subscribe to:
Posts (Atom)





