Dari Sa’id bin Musayyab dan Abu Salamah bin Abdurrahman r.a.
keduanya mengatakan bahawa Abu Hurairah r.a. berkata: “Kamu mengatakan bahawa
Abu Hurairah banyak meriwayatkan hadis dari Rasulullah s.a.w. dan kamu
mengatakan kenapa orang-orang Anshar tidak ada yang meriwayatkan hadis dari
Rasulullah s.a.w. seperti halnya Abu Hurairah?
Sesungguhnya saudara-saudaraku orang Muhajirin, mereka sibuk
oleh urusan jual beli di pasar. Tetapi aku peribadi, aku selalu mendampingi
Rasulullah s.a.w dengan perut kenyang. Kerana itu aku selalu hadir apabila
mereka tidak hadir. Dan aku menghafal kalau pun mereka lupa.
Dan saudara-saudaraku orang Anshar, mereka sibuk oleh urusan
harta benda mereka. Sedangkan saya hanya seorang miskin di antara orang-orang
miskin yang ada di Shuffah. Aku masih ingat ketika mereka itu lupa.
Sesunggahnya Rasulullah s.a.w. pernah bersabda dalam sebuah
hadis yang diucapkan oleh beliau, “Tidak seorangpun yang membentangkan kainnya
sampai pembicaraanku ini selesai, kemudian dikumpulkannya kembali kainnya itu,
melainkan ia hafal semua yang kukatakan.”
Maka kubentangkan kainku sampai Rasulullah s.a.w. menyudahi
pembicaraannya. Dan ku kumpulkan itu kepadanya. Semenjak itu, aku tidak lupa
sedikit jua pun apa-apa perkataan Rasulullah s.a.w.
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no.1004)