Thursday, May 10, 2012

Bab Haid (No Hadith: 187)


Cerita dari ‘Urwah bahawa dia ditanya orang: “ Bolehkah wanita haid melayaniku, dan bolehkah wanita junub mendekatiku?”

Jawab ‘Urwah, “Semua boleh bagiku. Semuanya boleh melayaniku dan tiada celanya. Aisyah menceritakan kepada ku, dia pernah menyisir rambut Rasulullah s.a.w. ketika sedang haid. Pada hal ketika itu Rasulullah s.a.w. sedang iktikaf di masjid. Maka didekatkannya kepalanya kepada Aishah yang sedang berada dikamarnya, lalu Aisyah menyisir rambut Rasulullah pada hal dia sedang haid.”

  (Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no.187)