Friday, August 28, 2015

Bab Jumaat ( No 483)

Dari Aisyah r.a. katanya:

" Orang-orang bekerja melakukan pekerjaannya masing-masing. Apabila mereka hendak ke Jumaat, mereka pergi sahaja senaknya."

Lantas mereka ditegur orang, "Mengapa anda tidak mandi lebih dahulu?"


(Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no. 483)



Thursday, August 27, 2015

Bab wuduk (No 112)

Abu Qatadah r.a. mengatakan bahawa Nabi s.a.w. bersabda,

" Apabila seseorang kamu buang air, janganlah menyentuh kemaluanmu dengan tangan kanan, jangan pula bersuci dengan tangan kanan itu, dan jangan bernafas ke dalam bijana waktu minum."


(Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no. 112)

Wednesday, August 26, 2015

Bab Mandi (No 182)

Abu Salmah r.a. mengatakan:

" Aku bertanya kepada Aisyah, 'Adakah Nabi s.a.w. tidur ketika dia masih junub?'

Jawab Aisyah r.a. 'Ada! tetapi dia berwuduk seperti wuduk solat'"

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no. 182)

Tuesday, August 25, 2015

Bab Solat Tahajjud (No 595)

Diceritakan dari Ibnu Abbas r.a. katanya:

"Solat Nabi s.a.w. banyaknya 13 rakaat. Yakni solat malam.

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no. 595)

Thursday, July 18, 2013

Bab Azan (No 445)

Diceritakan oleh Ibnu Abbas r.a., katanya Nabi SAW pernah bersabda:

"Aku disuruh sujud diatas 7 tulang".

Beliau memberi isyarat dengan tangan beliau ke hidungnya, kedua tangannya, dua lutut, hujung kedua kaki (hujung jempol kaki dan kami tidak mengikat kain dan rambut)


(Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no. 445)

Friday, June 15, 2012

Bab Solat Qasar dan Jamak' (No: 573)




Dari Ibnu Abbas r.a. katanya: "Rasulullah s.a.w. menjama' solat Zuhor dengan Asar, dan Maghrib dengan Isya' apabila beliau di dalam perjalanan."

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no. 573)

Bab Ilmu (No: 81)


Dari Abu Hurairah r.a. katanya: "Suku Khuza'ah membunuh seorang laki-laki dari Bani Laits, di tahun penaklukan Mekah, sebagai pembalasan dibunuhnya orang suku Khuza'ah oleh Bani Laits.

Ketika kejadian itu diberitakan orang kepada Nabi, lalu dinaikinya untanya dan berpidato: "Sesunggahnya Allah melindungi negeri Mekah ini dari pembunuhan atau dari gajah dan memberi kekuatan kepada Rasulullah dan orang-orang mukmin untuk menaklukkannya.

Ketahuilah! tidak dihalalkan kepada seorang pun sebelumku dan sesudahku berperang dinegeri ini, kecuali hanya kepadaku sesaat di siang hari penaklukan. Tidak boleh dicabut rumputnya, dan tidak boleh ditebang pohon kayunya dan tidak boleh pula diambil barang orang yang tercicir kecuali untuk maksud memberi tahukannya. Barang siapa terbunuh, maka keluarganya boleh memilih antara dua : minta diyat (denda) atau menuntut balas (pembunuhan)."

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no. 81)

Bab Sujud Shawi (No: 644)

Diceritakan oleh Abdullah bin Buhainah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. sesudah dua rakaat Zuhur terus berdiri tanpa duduk (antara rakaat kedua dengan ketiga). Tatkala beliau telah selesai solat, beliau sujud (sahwi) dua kali dan sesudah itu membaca salam (tanda selesai).

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no. 644)

Thursday, June 14, 2012

Bab Ilmu (No: 80)




Dari Abu Hurairah r.a. katanya, Nabi s.a.w. bersabda : "Namailah dirimu dengan namaku dan jangan memakai gelaranku."

"Sesiapa bermimpi melihat aku di dalam tidurnya, sebenarnya ia melihatku kerana syaitan tidak mampu menjelma seperti aku."

"Dan siapa yang sengaja berdusta (membuat hadis palsu) atas namaku, maka biarlah dia menempati tempatnya di neraka."

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no. 80)

Wednesday, June 13, 2012

Bab Azan ( No: 420)




Diberikan oleh 'Ubbadah bin Shamidt r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tidak (sah) solat orang yang tidak membaca Surah Al-Fatihah."

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no. 420)

Tuesday, June 12, 2012

Bab Jenazah (No: 685)




Dari Abu hurairah r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda: "Segerakanlah menguburkan mayat, jika ia baik bererti kamu telah menyampaikannya kepada kebaikannya. Dan jika ia tidak baik, bererti kamu telah menghindarkan bahaya daripadamu."

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no. 685)

Monday, June 11, 2012

Bab Pakaian dan Perhiasa ( No.1682)






Dari Ibnu 'Abbas r.a. katanya: " Rasulullah s.a.w. mengutuk laki-laki yang berpakaian seperti wanita dan wanita berpakaian seperti lelaki.

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no. 1682)

Sunday, May 27, 2012

Bab Memberi Isyarat Dalam Solat (No:642)


Dari Abu Hurairah r.a. katanya Nabi s.a.w. bersabda: "Apabila dikumandangkan azan untuk solat, syaitan lari terkentut-kentut sehingga tidak terdengar olehnya azan. Apabila Muadzin berhenti, ia pun kembali.


Begitu pula, apabila iqamat dibacakan, dia pun lari. Dan apabila iqamat telah selesai, dia datang pula kembali. Dia sentiasa menggoda orang yang sedang solat dengan berkata padanya, "Ingatlah apa yang belum kamu ingat!" Sehingga akhirnya orang itu tidak tahu lagi telah berapa rakaat dia solat".

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no. 642)

Saturday, May 26, 2012

Bab Orang Yahudi Yang Berkhianat (No:1421)



Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Setelah Tuhan memutuskan akan menciptakan makhluk, ditulisNya dalam KitabNya yang ada di atas 'Arsy: "RahmatKu mengalahkan kemarahanKu".

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no. 1421)

Thursday, May 24, 2012

Bab waktu solat (No 339)



Dari Anas r.a. dari Nabi s.a.w. sabdanya: "Barang siapa lupa solat, maka hendaklah ia solat tatkala ingat. Tidak ada denda baginya melainkan hanya itu. Dan tegakkanlah solat untuk mengingat Allah.".


(Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no. 339)

Wednesday, May 23, 2012

Bab Istisqa (minta hujan) No:535




Dari 'Abbad bin Tamim r.a. dari Pamannya katanya: "Nabi s.a.w. pernah keluar untuk solat istisqa (solat minta hujan dengan memakai baju terbalik)."

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no. 535)

Bab pakaian dan perhiasan (No 1676)



Dari 'Umar r.a. Nabi s.a.w. bersabda: "Siapa yang memakai pakaian sutera di dunia, di akhirat ia tidak akan memakainya."


(Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no.1676)

Tuesday, May 22, 2012

Bab pakaian dan perhiasan (No 1674)





Dari Ibnu 'Umar, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah tidak akan melihat kepada orang yang berpakaian terlalu dalam sampai terseret di tanah, kerana kesombongannya."


(Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no.1674)

Monday, May 21, 2012

Bab pakaian dan perhiasan (No 1678)




Dari Abu Hurairah r.a. , Rasulullah s.a.w. bersabda: "Janganlah ada salah seorang kamu berjalan dengan sandal sebelah saja. Buka keduanya atau pakai keduanya".


(Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no.1678)


Sunday, May 20, 2012

Bab Zina (No 1820)

Dari Zaid bin Khalid Al Juhani r.a. katanya: Saya mendengar Nabi s.a.w. menyuruh supaya orang berzina dan belum kahwin dipukul seratus kali dan pembuangan (penjara) satu tahun.

(Diriwayatkan oleh al-Bukhari : no.1820)